Tuesday 19 September 2017

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam Algebra dan seterusnya mencetus minat pelajar dan sikap inkuiri dalam diri mereka. Kajian ini juga bertujuan bagi mengatasi masalah pelajar dalam mengenalpasti pembolehubah semasa menyelesaikan permasalahan matematik menggunakan teknik yang dicadangkan. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah teknik ‘ASIF dan MUS’. Kaedah yang diperkenalkan ini bertujuan membantu pelajar mengenalpasti teknik penyelesaian yang bersesuaian bagi menyelesaikan soalan persamaan pembezaan tertib pertama. Kajian ini melibatkan kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan seramai 44 orang pelajar Program Dua Tahun di Kolej Matrikulasi Selangor yang terdiri daripada pelajar dari aliran sains bagi sesi 2016/2018. Kumpulan sasaran adalah daripada kelas tutoran D16M1T3 dan D16M3T4 manakala kumpulan kawalan adalah daripada kelas D16M1T2 dan D16M1T4. Bagi menilai keberkesanan teknik ini, kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan dikehendaki menyelesaikan dua soalan dan markah yang diperolehi oleh kedua-dua kumpulan dianalisis. Sesi temubual dengan pelajar juga turut dijalankan bagi mendapatkan pandangan pelajar mengenai keberkesanan teknik ‘ASIF dan MUS’ ini dalam membantu pelajar menyelesaikan soalan yang melibatkan persamaan pembezaan tertib pertama. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati prestasi kumpulan sasaran yang mengaplikasikan teknik ini lebih cemerlang berbanding kumpulan kawalan. . Berdasarkan analisis yang diperolehi, seramai 77% pelajar kumpulan sasaran (17 orang) berjaya memperoleh markah melebihi separuh (7/14) manakala hanya 36.3% pelajar (8 orang) daripada kumpulan kawalan memperolehi markah melebihi separuh. 

Kategori: Amalan pdp di dalam kelas

No comments:

Post a Comment