Pernyataan Masalah


Kajian ini dijalankan setelah mendapati para pelajar menghadapi  masalah dengan topik persamaan pembezaan tertib pertama. Kami mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi topik ini selepas memerhati pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan tutorial yang telah disediakan. Bagi menjawab segala tekaan kami, sesi temubual dengan pelajar turut dijalankan dan ternyata pelajar menghadapi masalah menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan topik ini.  Masalah utama yang dikenalpasti ialah pelajar tidak dapat membezakan kaedah yang perlu digunakan  bagi menyelesaikan soalan yang melibatkan persamaan pembezaan walaupun hanya dua kaedah yang dipelajari. Dua kaedah tersebut ialah faktor pengamiran dan juga pembolehubah  boleh terpisah. Bagi mengatasi masalah ini, kami memperkenalkan teknik ‘ASIF dan MUS’ yang mana teknik ini diharapkan dapat membantu para pelajar untuk mengenalpasti  kaedah yang sesuai bagi menyelesaikan soalan yang melibatkan topik Persamaan Pembezaan Tertib Pertama.

No comments:

Post a Comment