Faedah/Kejayaan

1. Pemilihan Teknik yang betul untuk menjawab soalan Persamaan Perbezaan

Teknik ‘ASIF dan MUS’ diperkenalkan kepada pelajar bagi membantu pelajar menyelesaikan soalan bagi topik Persamaan Pembezaan Tertib Pertama. Teknik ini bertujuan untuk membantu pelajar mengenalpasti teknik yang sesuai diaplikasikan bagi menyelesaikan soalan yang berkaitan. Teknik ini dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri dalam memilih teknik yang betul walaupun soalan yang akan diselesaikan oleh pelajar lebih rumit. Pemilihan teknik yang sesuai sangat penting bagi memastikan pelajar dapat menyelesaikan soalan dengan baik.

2. Kaedah Mnemonik yang menarik, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar
Teknik ini juga merupakan satu kaedah mnemonik yang mengandungi hubungan kata yang dapat memberi idea kepada pelajar untuk lebih mudah mengingati ciri-ciri kedua-dua teknik supaya dapat diaplikasikan apabila menyelesaikan soalan yang melibatkan topik Persamaan Pembezaan Tertib Pertama. Pemilihan gabungan kata yang menarik juga menjadikan proses PDP berlangsung dengan ceria dan tidak membosankan kerana pelajar sudah terlalu banyak dihidangkan dengan pelbagai hafalan berjela-jela daripada subjek-subjek yang berbeza.
Selain daripada itu juga, penggunaan teknik mudah ini memberikan impak kepada peningkatan daya imaginasi dan kreativiti pelajar kerana pelajar banyak menggunakan otak kanan dalam menggambarkan gabungan kata ‘ASIF’ dan ‘MUS’ semasa menyelesaikan soalan melibatkan persamaan pembezaan. Pelajar juga digalakkan untuk lebih kreatif untuk menghasilkan formula atau kaedah menjawab soalan lain menggunakan teknik mnemonik ini.

3. Meningkatkan prestasi pelajar dalam PSPM
Setiap inovasi dilakukan tidak akan lari dengan sasaran untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan. Dengan menggunakan teknik ini, pelajar dapat memaksimumkan markah yang diperoleh dalam peperiksaan. Jika pelajar gagal mengenalpasti teknik yang perlu digunakan untuk menyelesaikan soalan, pelajar akan gagal dalam memperoleh sebarang markah. Hal ini dibuktikan dengan merujuk graf di bawah yang menunjukkan bahawa 50% (11 orang) pelajar kawalan gagal memperoleh sebarang markah iaitu 0 markah manakala hanya 9.1% (2 orang) pelajar datang daripada kumpulan sasaran.




Berdasarkan graf ini, kita boleh melihat perbezaan ketara antara markah pelajar daripada dua kumpulan ini. Kumpulan sasaran menunjukkan prestasi markah yang jauh lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Ini kerana, 5 pelajar Kumpulan Sasaran berjaya memperoleh markah penuh berbanding seorang pelajar daripada kumpulan kawalan.  Berdasarkan analisis dibawah juga, dapat dilihat 77% pelajar sasaran (17 orang) berjaya memperoleh markah melebihi separuh (7/14) tetapi hanya seramai 36.3% pelajar (8 orang) adalah daripada kumpulan kawalan. Purata markah bagi pelajar Kumpulan Sasaran juga lebih tinggi iaitu 9 markah berbanding pelajar Kumpulan Kawalan iaitu 4 markah.

Markah
(14)
Kump
Kawalan
Kump
Sasaran
0
13
2
1
0
0
2
0
2
3
0
0
4
1
0
5
0
0
6
0
1
7
0
0
8
3
4
9
0
0
10
2
5
11
0
0
12
2
3
13
0
0
14
1
5
Purata Markah
4
9
Jumlah Pelajar
22
22

Hasil daripada dapatan ini jelas sekali, teknik ini mampu membantu pelajar dalam memulakan langkah pertama dan seterusnya membolehkan pelajar memperoleh markah yang semaksimum yang mungkin.
4. Mengurangkan tempoh masa menjawab soalan dalam PSPM

Seperti yang kita sedia maklum, pelajar sering mengalami masalah tidak cukup masa untuk menjawab soalan dalam PSPM. Berdasarkan temu bual dengan pelajar, 90% pelajar bersetuju bahawa teknik ini mampu mengurangkan tempoh masa menjawab mereka. Kaedah Mnemonik memudahkan mereka mengingati teknik yang perlu mereka gunakan sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan soalan Persamaan Pembezaan.

No comments:

Post a Comment