Tuesday 19 September 2017

Objektif


Kajian ini mempunyai objektif am dan objektif khusus iaitu

Objektif Am


Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam Algebra dan seterusnya mencetus minat pelajar dan sikap inkuiri dalam diri mereka. Kajian ini juga bertujuan bagi mengatasi masalah pelajar dalam mengenalpasti pembolehubah semasa menyelesaikan permasalahan matematik menggunakan kaedah yang dicadangkan.

Objektif Khusus


  1. Pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan persamaan yang menggunakan Kaedah Faktor Pengamiran atau Kaedah Pemboleh ubah Boleh Terpisah bagi permasalahan dalam topik Persamaan Pembezaan menggunakan teknik yang dicadangkan.
  2. Pelajar dapat mengasingkan dua pemboleh ubah yang berbeza bagi menyelesaikan masalah bagi Persamaan Pembezaan menggunakan Kaedah Pembolehubah Boleh Terpisah.
  3. Pelajar dapat mengubah Persamaan Pembezaan kepada bentuk amnya dan seterusnya menggunakan formula Faktor Pengamiran bagi menyelesaikan masalah bagi Persamaan Pembezaan menggunakan Kaedah Faktor Pengamiran

No comments:

Post a Comment